"SILA AMBIL PERHATIAN.. Kepada teman-teman Facebook, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.
"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".
"Rumah yang sesuai untuk anda".
"Pasangan yang sesuai untuk anda".
"Peratus cinta anda pada si dia".
Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang ramal cara moden.
Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.
Nabi dah pesan tentang hal ini.
من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين يوماً
"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]
Analoginya ialah sama dengan menekan butang game aplikasi ramalan dalam Facebook.
من أتى كاهناً فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد
"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]
Analoginya ialah sama dengan mempercayai dengan jawapan game aplikasi ramalan tersebut.
- Via syahirul.com"
Post ni aku copy paste dari status page Oh!Media.
Bawah ni pulak gambar2 yang berkaitan dengan ramalan2 ni semua:
Guys, please, kita semua tak tahu takdir Allah SWT. Benda2 macam ni semua khurafat ok. Bila org tegur, pandai pulak dia menjawab.
"Isk ko nih...tu saje2 je la..sedakar suke2 je pown"
Tahi kau suka2.
Yang hensem,
Akulah Hero
No comments:
Post a Comment