Saturday, 23 June 2012

Cinta Lara Rara - Part 2

Assalamualaikum wbt kepada warga bumi yg sedang baca entri ini.

Ok, entri kali ni sambungan bagi Part 1 haritu. Mana yang tak baca lagi, boleh tengok kat sini. Pastikan korang baca ikut bab, baru syiok!

Aku berterima kasih kepada mereka2 yang sudi bagi komentar. Aku tak expect pun ada yang komen since cerita aku nih tak setanding citer Ombak Rindu. Hehehe..

Jom layan episod berikutnya.. enjoyce!


Ini kali ke berapa ntah aku datang makan kat kedai ni. Salah satu tarikannya, makanan dia memang ohsem! Pastu, harga murah. Memang sesuai lah untuk student macam aku nih. Yelah, PTPTN tak banyak mana pun, memang cukup2 je.

Time aku datang tu, aku baru habis test subjek Control Principle kalau tak silap lah. Kalau silap, lantak lah. Hahaha... 

Aku datang dengan member aku. Kalau aku sorang je, memang segan lah aku nak pegi situ sorang2, sebab ramai student pompuan slalu makan kat situ. Student lelaki kadang2 je ramai, biasanya kalau ada test besar2an, maka ramai lah yang turun makan kat situ.

Sampai2 je kat kedai makan tu, sorang pakcik hulur otak2 kat atas tu. Aku terus makan (1 je..) sebab perut memang dah vibrate, meronta2 mintak makanan.

Then, saat yang ditunggu2 telah pun tiba...jeng3..

Melihat kelibat kami, si Rara pun terus datang ke meja kitorang dan ambil order. Mujurlah time tu tak ramai makhluk kelaparan yg datang nak usya si Rara untuk isi perut masing2. 

Maka dengan ini, dapat lah aku jeling2 sikit kat Rara. Perghhh!! Hilang rasa rindu di dada vibtare kat perut aku tadi. Whoa!

Ini merupakan satu kejayaan yang besar bilamana dapat melihat wajah Rara. Ohh.. Tak sia2 aku godek2 member aku untuk datang ke situ, atas alasan 'sedap+murah'. ekekeke...

Rara yang free hair tu, ikat rambut biasa je, tapi nampak ayu.

"Nak minum ape ye?"

Alahai~ suara bukan main lembut lagi.. chooiiii... terasa ada gegaran kecil di hati aku, namun tidak berbahaya bagi bot2 kecil.

"Bagi milo ais..bagi manis lebih sikit", saja aku kuatkan perkataan 'manis' tu, konon2 nak bagi signal yg dia tu manissss.. hohoho..


Dari dekat nampak wajahnya yang sedikit letih, sebab peluh ada di bahagian antara hidung dan bibirnya. Pergghhh...! Ni cute tahap maksima! Hehehe... Boleh aku simpulkan, dia ni rajin orangnya. Memang sesuai lah jadi tuuuuutttt... whoa lagi!

Ok lah, sampai sini dulu cerita aku. Scene nih tak habis lagi, tapi aku dah ngantuk, semalaman tak tido sebab packing barang nak pindah asrama.

Yang suka usya Rara,
Akulah Hero

14 comments:

  1. manis...xbest..ahahahah....
    nyue dtg follow sini kembali :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. erk... belum lagi 100% jadi buah hati ku~
      mungkin akan jadi 100%.. or lebihh..hahaha

      Delete
  3. saya lapar tgk kueh tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih? @ciknana maksudkn otak2 tu eh?
      mai ler dtg melaka makan otak2 nih smpai puas..
      nti aku tlg bayarkan, tapi pakai duit ko...hohohoh

      Delete
  4. untonglaa, tak lame lg mule la tu citer ombak rindu, hehe
    *beb, ni my new blog..awat taley nk folow die ni? :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..for the time being, aku tak tengok lagi citer tu..hahah..
      urm? takleh follow saper?

      Delete
  5. jimat PTPTN.heheheh
    hurmmm wah peminat otak2 ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal. last2 kena buat part time jadi cashier kat supermarket..wakakaka
      yup~ sedap kot otak2..hehe

      Delete
  6. Ni boleh buat cerita Ombak rindu part 2 ni. Hehe =D

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/dinosaur-eggs.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaa..sy tak panda lah awak nak karang2 ni.. :P

      Delete
  7. bestnya makan otak2... done follow here... btw jom join GA contest watak kegemaran kat sini boleh menang pen drive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okeh..thanks for the invitation.. :)

      Delete