Saturday, 30 June 2012

30 sen pun nak kedekut

Assalamualikum wbt..

Phew.. lama gila baru aku ngadap belog ni. Busy sikit dengan kursus kat kampus+punggah barang dari satu hostel ke satu hostel yang lain. Pasni nak angkut barang lagi, pindah rumah sewa. Aiyooo..

Ok, kali nih nak citer selain citer pasal si Rara tu. Siapa Rara? rujuk sini.

Kali ni pasal member aku, a.k.a member course-mate aku. Kitorang tinggal kat asrama yg sama.


Aku memang terkenal dengan orang yang kuat makan mi segera, especially mi sedaap mcm kat atas nih. Paham2 je lah student kan, memang sengkek sikit. Korang yang banyak duit dok diam2.

So, pada satu petang, member aku datang bilik aku.

"Hero, nak megi satu, ade tak?"

"Ade..ade..kat bawah locker tu.."

"Kejap aku ambil duit"

"Ok"

Bila dia datang, dia bawak duit syiling. Lepas bagi duit, dia terus blah. Then aku kira duit yang dia bagi tu, RM0.70. What???

Betul2 kedekut gila. Agak2 lah bagi tu je. Aku pelik tapi gelak dalam hati. Orang macam nih pun ada ka.


Yang buat aku heran nih, asal tak bagi duit kertas RM1 je? nape susah2 cari 70sen tuh? Kalau betul2 nak beli, bagi lah RM1 syiling. Kenapa mesti kurang 30sen?

Ok, bukan aku ni kedekut 30sen tu. Aku jenis tak kesah sangat pun, sebab member2 kan.

Nampak sangat kedekut. Serius.

Atleast dalam hati, consider lah beberapa perkara. Contohnya, masa yg dia dah buang pegi pasarraya beli megi, minyak motor, dan lain2.

Sebab apa aku rasa pelik? sebab aku kalau beli barang kat member, aku akan lebihkan sedikit. Biar member rasa selesa sikit. Tapi member aku nih? Langsung tak tanye berapa nak bayar, tetiba bagi 70sen jer.

Mungkin korang rasa aku nih kebudak-budakan sebab pasal 30 sen pun nak kecoh.



Bukan apa, ni kira adab kita dengan orang lain. Bagi lah lebih sikit since member dah nak tolong. Korang bayangkan kalau member taknak jual, so korang terpaksa la pegi sendiri beli barang tu, which is korang tengah betul2 nak benda tu.

Bila korang bayar lebih sikit, tu kira penghargaan korang kat member korang tu. Kalau jadi mcm kes aku, lepas ni bila dia minta tolong lagi, agak2 aku nak tolong tak? Pikir 2-3kali jugak aku.

Sama kes jugak korang slalu tumpang motor member pegi mana2. atleast bagi lah RM2 dlm seminggu as reward kat member, boleh jugak dia buat isi minyak.

Yang ke-pelik-an,
Akulah Hero

Saturday, 23 June 2012

Cinta Lara Rara - Part 2

Assalamualaikum wbt kepada warga bumi yg sedang baca entri ini.

Ok, entri kali ni sambungan bagi Part 1 haritu. Mana yang tak baca lagi, boleh tengok kat sini. Pastikan korang baca ikut bab, baru syiok!

Aku berterima kasih kepada mereka2 yang sudi bagi komentar. Aku tak expect pun ada yang komen since cerita aku nih tak setanding citer Ombak Rindu. Hehehe..

Jom layan episod berikutnya.. enjoyce!


Ini kali ke berapa ntah aku datang makan kat kedai ni. Salah satu tarikannya, makanan dia memang ohsem! Pastu, harga murah. Memang sesuai lah untuk student macam aku nih. Yelah, PTPTN tak banyak mana pun, memang cukup2 je.

Time aku datang tu, aku baru habis test subjek Control Principle kalau tak silap lah. Kalau silap, lantak lah. Hahaha... 

Aku datang dengan member aku. Kalau aku sorang je, memang segan lah aku nak pegi situ sorang2, sebab ramai student pompuan slalu makan kat situ. Student lelaki kadang2 je ramai, biasanya kalau ada test besar2an, maka ramai lah yang turun makan kat situ.

Sampai2 je kat kedai makan tu, sorang pakcik hulur otak2 kat atas tu. Aku terus makan (1 je..) sebab perut memang dah vibrate, meronta2 mintak makanan.

Then, saat yang ditunggu2 telah pun tiba...jeng3..

Melihat kelibat kami, si Rara pun terus datang ke meja kitorang dan ambil order. Mujurlah time tu tak ramai makhluk kelaparan yg datang nak usya si Rara untuk isi perut masing2. 

Maka dengan ini, dapat lah aku jeling2 sikit kat Rara. Perghhh!! Hilang rasa rindu di dada vibtare kat perut aku tadi. Whoa!

Ini merupakan satu kejayaan yang besar bilamana dapat melihat wajah Rara. Ohh.. Tak sia2 aku godek2 member aku untuk datang ke situ, atas alasan 'sedap+murah'. ekekeke...

Rara yang free hair tu, ikat rambut biasa je, tapi nampak ayu.

"Nak minum ape ye?"

Alahai~ suara bukan main lembut lagi.. chooiiii... terasa ada gegaran kecil di hati aku, namun tidak berbahaya bagi bot2 kecil.

"Bagi milo ais..bagi manis lebih sikit", saja aku kuatkan perkataan 'manis' tu, konon2 nak bagi signal yg dia tu manissss.. hohoho..


Dari dekat nampak wajahnya yang sedikit letih, sebab peluh ada di bahagian antara hidung dan bibirnya. Pergghhh...! Ni cute tahap maksima! Hehehe... Boleh aku simpulkan, dia ni rajin orangnya. Memang sesuai lah jadi tuuuuutttt... whoa lagi!

Ok lah, sampai sini dulu cerita aku. Scene nih tak habis lagi, tapi aku dah ngantuk, semalaman tak tido sebab packing barang nak pindah asrama.

Yang suka usya Rara,
Akulah Hero

Friday, 22 June 2012

Cinta Lara Rara - Part 1

Assalamualaikum wbt..

Sorry guys, aku baru habis exam ni. Tu lah lama tak blogwalking sambil meninggalkan jejak..hehehe..


Maka dengan ini, tamatlah pertapaan ku bagi semester 4..keh3... pasni jadi senior tahun 3, makin ramai lah gadis2 untuk di-ngorat.. oopss..

Ok, beralih kepada tajuk entri nih. Kali ni aku nak share cerita cinta pasal seorang gugurl nih.

Nama dia Rara. Orang panggil dia macam tu lah. Nama dalam IC jangan tanya aku. Aku kenal dia secara tidak langsung sebenarnya. Aku ikut2 member pegi makan kat 1 kedai makan. Pastu datang lah si Rara nih ambil order.

Aku buat macam biasa je. Ye lah, kat dunia luar aku ni jenis yang pemalu shy-shy cat. Segan lah nak pandang anak dara orang lelama kan. Nanti ada yang jatuh. Jatuh hati.. uisehmennn..

Aku agak umur dia baya aku, mungkin muda sikit, sebab dia macam ada sifat suka gurau2. Member2 aku nih pun suka lah gurau2 sama si Rara ni, ye la, orangnya cun gitu.

Tapi dia free hair lah. Aaahhh.. takpe.. nanti bagi tazkirah sikit, pakai tudung lah dia tu. Whoa!

Ok, tu kali pertama aku mai kedai makan tu.

Aku ingat tu kali terakhir aku pegi situ, sebab aku takde kenderaan nak pegi makan jauh dari hostel. Disebabkan aku selalu join kereta member aku, dan diorang nih pulak suka makan kat kedai makan tu sebab sedap+murah, maka makin kerap juga lah aku usya2 ter-jumpa dengan si Rara ni. 

Serius makin lama makin mengancam lawa plak budak nih. Dah la natural beauty, tak payah pakai mekap tebal2.

Tiba2.. aku dengar bunyi yang pelik....

Dup dap... dup dap.. dup dap.... aisehh...lain macam ni bro!

*tiba2 lagu nih bermain2 di minda aku yg full dengan segala data2 semasa belajar dalam bilik kuliah*

Bersambung Part 2.. tunggu yer..hehhehe...

Yang dah 'terjatuh',
Akulah Hero

update: Part 2 dah ada. Jom usya kat sini.

Friday, 15 June 2012

Khatib Yang Tua

Assalamualaikum dan salam Jumaat..

Seperti kebiasaan lelaki muslim lain, tiap2 Jumaat wajib pergi perhimpunan orang2 Islam (untuk lelaki) untuk dengar khutbah, nasihat dan info2 semasa berkaitan dengan agama Islam.

Time ni lah dapat jumpa kawan2 atau jiran2 yang x pernah nampak muka pada hari2 lain, busy kot dengan kerja masing2.

Ok, straight to the point.


Khutbah tadi disampaikan oleh seorang imam/khatib yang tua. Kenapa pula kalau imam itu tua? Salah kah?

Tidak, sebab asalkan cukup syarat, siapa2 pun boleh jadi imam/khatib, bahkan dahulukan yang lebih tua dan berilmu itu lebih baik.

So apa masalahnya kalau khatib tua?

Sebab suara dia tak sedap dah! Suara yang dah tak kuat, tak bersemangat, sangat perlahan, kadang2 x dengar sipi-sipi je!

Khutbah ni untuk apa sebenarnya? untuk beri peringatan kepada semua. So, khatib mestilah tegas. Tapi tegas tak bermaksud meniggikan/mengeraskan suara. Asalkan dapat tarik perhatian makmum, cakap dengan jelas, dah ok dah!

Pelik betul aku. Kenapa tak tukar khatib je? Dah takde ke orang2 muda untuk bagi khutbah? Takkan sorang pun takde yang tahu menyampaikan khutbah? Pupuskah orang2 muda yang beriman dan beramal soleh?

Pelik2... Waktu khutbah yang sepatutnya jemaah memberikan sepenuh perhatian, tapi apa yang jadi, ramai yang datang, duduk, dan seterusnya tidur!

So, maksud dan tujuan khutbah tu tak sampai. Then, what's the point of giving khutbah? Just nak cukupkan syarat2 khutbah Jumaat?


Bukan ak salahkan pakcik tua tu, tapi untuk pemilihan khatib, pilih dengan sebaiknya, bukan saja2 pilih si polan sebab dia orang lama. Bagi chance la kat golongan2 muda ni, ok? Macam Uncle dalam gambar ni takpe. Tapi kalau umur dah 60tahun, paham2 jelah. Peace!


Yang teringin nak bagi kutbah kat masjid kampung aku,
Akulah Hero

Wednesday, 13 June 2012

Apps dalam smartphone itu penting!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selamat siang teman2 sekalian alam..

Kali ni aku nak kongsikan ke-excited-an aku tentang apps (application) yang ada dalam smartphone nowadays.



Selasa lepas, Apple ada buat acara tahunan mereka, iaitu WWDC2012 (WorldWide Developer Conference). Paling aku suka bila geng2 Apple nih buat presentation. Cool beb!

Diawal presentation diorang, ada diselitkan satu video berkaitan dengan apps and how they change the way we live. Korang boleh search kat youtube, "WWDC 2012".

Sememangnya, apps bukan sahaja untuk main games, tapi turut memberi kemudahan bagi mereka yang kekurangan. Betapa mereka berterima kasih kepada developer2 apps terebut. :')

So kat sini aku nak highlight beberapa point (screen shot) yang aku rasa sangat2 menyentuh perasaan aku sebagai seorang engineering student. Serius, time tengok video tu, air mata aku pun mengalir..(siapa cakap Hero x nangis?)

case 1: seorang yang cacat penglihatan beserta deeveloper apps tersebut.

"I live next to the huge and lovely forest, but I couldn't walk in this forest because
the problem is that I couldn't find my way"


"When I discovered Ariadne GPS app, I could walk independently for hours and hours. 
I think the road's adventure. That's the best description. A real flying adventure."

"I want to develop an app to help blind peoples explore the world. With my app, they
can having information about their position, they could bookmark different
points and can tell when they approaching that point."

"It's great, people bright me around the world, saying, your app change my life"


case 2: Cikgu kepada kanak2 sekolah di India beserta developer app tersebut


"The kids have so much trusting me, and I have given them a commitment. If I don't
delivered excellence, and push for the transformation, what am I doing here?"


"Teaching anatomy to kids what actually many grades level behind and don't know english
was quite a big challenge for me initially, before I discovered the apps for 3D4medical app.
But then after this app, it's made fun to learn about our own body and skeleton."

"Bringing this technology to the classroom, the marks actually jump to 94%, and that's
something that shows me the power of technology and the power of really-really awesome app."




"What's amazing for us is, our apps had been use to teach advance level of anatomy
in major universities around the world, and the same apps are also being
used in elementary school, in a classroom, in India."

Korang boleh bayangkan tak betapa bergunanya device + apps yang ada sekarang. Cuma dari kita je nak guna macam mana.
Aku harap suatu hari nanti, aku juga mampu menghasilkan 1 app yang dapat membantu masyarakat diluar sana, inshaAllah..

Aku memang respect kat team developer di luar sana.


Yang serius nak buat app,
Akulah Hero

Friday, 8 June 2012

Cis. Tak jadi balik kampung

Aku sekarang nih kira sebagai perantau. Kampung halaman nun jauh merentasi laut China Selatan. Kiranya aku nih datang dari oversea lah. Jangan jeles okeh.

Ye lah, aku datang sini sebab nak menuntut ilmu (sambil belajar2 tulis blog dan belajar2 untuk jadi hero Malaya).



Sepatutnya, setiap cuti sem aku akan balik ke kampung. Tapi sem nih lain sikit. Aku ada bengkel kejuruteraan beberapa minggu selepas selesai final exam.

Dan aku diberitahu bahawa cuti dalam 3 minggu. Agak berbaloi juga untuk melenyapkan beberapa ratus ringgit dari duit ptptn nih untuk beli tiket flight. Sigh!

Hooreehh!!

Tiba-tiba...(saspen sikit)....

Bengkel tamat pada 30 Ogos dan sambung sem baru minggu ke-2 bulan September. Cuti 1 minggu je?? Wadehel..? (the hell is neraka).

Well, agak tak berbaloi untuk aku balik kampung. So, apa nak buat dekat sini?? Bantu pakguard jaga hostel? Jaga makan minum kucing2 jiran? LOL.

Ni semua salah korang arr! Korang tak nak derma kat aku untuk balik kampung. Dah ler time bengkel tu cuti raye beberapa hari je. Memang sakit jadi perantau nih.

Dan ketika aku sedang khusyuk tulis entri nih sambil dengar lagu, tiba2 lagu nih plak yang main kat iTunes.

DJ Dave - Menjelang Hari Raya

Sadis...!! Ok. aku tengah tunggu Tony Stark pulangkan balik suit Iron Man aku. Aku cepatkan contract sebab nak guna balik kampung. Mahal juga dia bayar sewa kat aku. Kalau aku tahu, tak payah aku amik ptptn nih.

Yang sedih tak balik kampung,
Akulah Hero.

Thursday, 7 June 2012

Budak SMKA

Entri khas buat budak2 lelaki, especially students SMKA.

Kejadian berlaku 2 minggu lepas. Time solat Jumaat. Hari tu aku lewat sampai masjid, time tu dah start khutbah. Kat dalam masjid, memang dah penuh lah. So kena duduk area luar masjid, kawasan beranda.

Maka aku pun duduk lah dengan budak2 SMKA nih. Masjid ni memang tempat budak2 SMKA solat Jumaat sebab dekat dengan sekolah diorang. Biasanya, bila kita dengar "SMKA", kita assume semua student2 dia baik2 belaka. Almaklumlah, budak belajar agama kan..



Tapi sangkaan aku selama ni salah! Boleh pulak diorang buat bising time khutbah! cerita2 kosong dengan suara yg kuat, main cuit2,.. Astagfirullah... bagus lagi korang tido dari buat benda2 tu semua. Hish!! 

Takkan ustaz tak bagitahu, tak boleh berkata2 semasa khutbah..kalo x, sia2 je pahala jumaat.. ish3..budak2 nih...

Pacik2 semua dah tengok, jeling2. Siap ada yang berdiri, bagi signal. Dah le pakai baju melayu lengkap bersamping, lagi senang orang detect korang tu budak SMKA. Jangan bikin malu warga SMKA boleh tak?? kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

(gambar hiasan)

Bahalol punya budak. Hah! Kan dah kena. Aku rasa pacik2 lain pun sama macam aku, dalam hati semua sumpah seranah korang. Kah3..

Abang korang yang penyayang,
Akulah Hero

Wednesday, 6 June 2012

Gugurl: Priceless or No Price?

"Der, takde RM10 ribu takleh kahwin. Duit hantaran dah 5ribu keatas. Tu belum masuk untuk jamuan makan dan lain2."


Kah3... Mampus lah der nak kahwin kalau macam nih. Bukan semua lelaki ni banyak duit. Aku yang masih student lagi lah, awal2 lagi dah berhutang kat PTPTN sebanyak RM28ribu. Mampus.

Tengah syiok layan Facebook, aku terbaca lah status dari kawan aku yang baru kenal:

soal jwb bsama ibn batoota...

LELAKI : L
IBN BATOOTA : IB

L : ustad,btui ke harga wanita diukur berdasarkan harga mas kawen,duit hantaran dan lain2?

IB : tak lah...mandai je...lg murah n mudah urusan pkhwinan ssorg muslimah tu,lg tggi harga diri dia dan berkat wanita tu....nabi mtk laki bg mas kawen ikut keperluan lelaki bkn permintaan pmpuan....

L: tapi barang yg harga rm10 kan lg mahal dari barang rm5?mcm mna pulak mas kawen dan hntaran wanita tu lg murah tiba2 jd lg 'mahal' hrga diri plak?

IB : kau nilai harga perempuan dgn duit ke?kau igt pmpuan tu binatang ke???

L : err....tanya je ustad..jgn la marah...

IB : bukan marah,tp kau kena faham yg maruah pmpuan tu bkn diukur dgn wang ringgit mcm yg org faham hari ni,lagi murah bmkna lg 'mahal' sbb harga wanita adalah 'tidak ternilai' bkn nya 'tidak berharga'...'no price' dgn 'priceless' mana sama kan?kalau kau letak harga pd wanita,bmkna pmpuan tu sgt murah walaupun kau letak mahal di pandangan kau....cthnya,kalau pmpuan letak hrga rm10 k,nampak mahal kan,tp hakikatnya prmpuan tu lg murah dari kereta kelisa mughiera shu'ba...hahaha...

L : err..mughiera shu'ba tu sapa???hmm..habis tu knapa org zmn skrg suka letak mahal2?knonnya ikut status pendidikan....

IB : takpe kau tak payah kenal kalau tak nyesal nanti...diorang yg letak mahal2 tu ngaji je tggi tp bodo(suare dengung skit mcm ust azhar)...

L : ooooo...mcm tu..........so sama kes mcm quran la ni ustad?tak boleh jual quran kan sbb kalau jual harga sejuta pun tetap dikira murah kan?(quran haram dijual,tp kedai yg jual quran tu bkn jual 'quran' tp jual kertas yg mengandungi quran,duit pengangkutan.duit pekerja,duit dakwat dll)

IB : haaaa pandai jugak hang ni... :D

L : ok ustad,nanti ada apa2 lg sy tanya ye....


------- credit to: Ibnu Batoota ---------


Konklusinya lebih kurang macam nih:
Kah3... Pacik2 ada paham..??


Yang bujang lagi berhutang,
Akulah Hero

Ramalan Nasib itu haram!

Sejak akhir2 neh, slalu je aku tengok budak2 termasuk member2 yang dah tua bangka post kat Facebook berkaitan dengan ramalan2 ni semua. Korang baca kat bawah ni:



"SILA AMBIL PERHATIAN.. Kepada teman-teman Facebook, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.




"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".

"Rumah yang sesuai untuk anda".

"Pasangan yang sesuai untuk anda".

"Peratus cinta anda pada si dia".




Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang ramal cara moden.

Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.

Nabi dah pesan tentang hal ini.

من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين يوماً

"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]

Analoginya ialah sama dengan menekan butang game aplikasi ramalan dalam Facebook.

من أتى كاهناً فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد

"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]

Analoginya ialah sama dengan mempercayai dengan jawapan game aplikasi ramalan tersebut.

- Via syahirul.com"

Post ni aku copy paste dari status page Oh!Media.

Bawah ni pulak gambar2 yang berkaitan dengan ramalan2 ni semua:





Guys, please, kita semua tak tahu takdir Allah SWT. Benda2 macam ni semua khurafat ok. Bila org tegur, pandai pulak dia menjawab.

"Isk ko nih...tu saje2 je la..sedakar suke2 je pown"

Tahi kau suka2.


Yang hensem,
Akulah Hero

Aku adalah hero!

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? harap semuanya sihat. Ini adalah entri pertama aku. Apa aku nak cerita kat sini, apa sebab blog ini diberi nama "Akulah Hero".

Sejak kecil lagi, aku selalu berangan2 nak jadi hero. Antaranya:
Power Rangers

Mospeada

Dragon Ball

Gundam

Iron Man

Hahaha... tu semua angan2 nak jadi hero waktu kecik2 dulu. Sekarang pun masih nak jadi hero sebenarnya. Tapi bukan hero seperti diatas lah. Maksud aku, nak jadi hero kepada diri sendiri.

Kat dunia luar, aku adalah seorang yang malas argue terhadap satu2 perkara, walaupun aku slalu dikenakan oleh kawan2 yang macam nakharoom. Rasa nak bagi pelempang or bagi dia rasa kasut saiz 8 je. Ceh! Syukur lah aku malas nak tunjukkan ke-hero-an ku depan diorang. Cukup stakat kat dunia maya ni je aku jadi hero.

Dan aku akan banyak membebel dalam blog ni since aku tak suka membebel kat luar, buat kering tekak aje.Huh!

Apa2 pun, harap korang enjoyce apa yang bakal aku kongsikan pada entri2 akan datang. Choow!!

Hero yang hensem,
Akulah Hero