Seperti kebiasaan lelaki muslim lain, tiap2 Jumaat wajib pergi perhimpunan orang2 Islam (untuk lelaki) untuk dengar khutbah, nasihat dan info2 semasa berkaitan dengan agama Islam.
Time ni lah dapat jumpa kawan2 atau jiran2 yang x pernah nampak muka pada hari2 lain, busy kot dengan kerja masing2.
Ok, straight to the point.
Khutbah tadi disampaikan oleh seorang imam/khatib yang tua. Kenapa pula kalau imam itu tua? Salah kah?
Tidak, sebab asalkan cukup syarat, siapa2 pun boleh jadi imam/khatib, bahkan dahulukan yang lebih tua dan berilmu itu lebih baik.
So apa masalahnya kalau khatib tua?
Sebab suara dia tak sedap dah! Suara yang dah tak kuat, tak bersemangat, sangat perlahan, kadang2 x dengar sipi-sipi je!
Khutbah ni untuk apa sebenarnya? untuk beri peringatan kepada semua. So, khatib mestilah tegas. Tapi tegas tak bermaksud meniggikan/mengeraskan suara. Asalkan dapat tarik perhatian makmum, cakap dengan jelas, dah ok dah!
Pelik betul aku. Kenapa tak tukar khatib je? Dah takde ke orang2 muda untuk bagi khutbah? Takkan sorang pun takde yang tahu menyampaikan khutbah? Pupuskah orang2 muda yang beriman dan beramal soleh?
Pelik2... Waktu khutbah yang sepatutnya jemaah memberikan sepenuh perhatian, tapi apa yang jadi, ramai yang datang, duduk, dan seterusnya tidur!
So, maksud dan tujuan khutbah tu tak sampai. Then, what's the point of giving khutbah? Just nak cukupkan syarat2 khutbah Jumaat?
Bukan ak salahkan pakcik tua tu, tapi untuk pemilihan khatib, pilih dengan sebaiknya, bukan saja2 pilih si polan sebab dia orang lama. Bagi chance la kat golongan2 muda ni, ok? Macam Uncle dalam gambar ni takpe. Tapi kalau umur dah 60tahun, paham2 jelah. Peace!
Yang teringin nak bagi kutbah kat masjid kampung aku,
Akulah Hero